You'll feel it deep within inside of you

Pejam celik pejam celik minggu depan sudah bulan Disember Tahun 2010. Begitu cepat masa berlalu namun kerja pula semakin menimbum. Makin banyak dan bertambah. Apabila siap satu tugasan, datang pula tugasan yang baru. Ini akan memberi tekanan kepada anda.

Bagaimana menghadapi situasi sedemikian?

Apakah yang perlu anda lakukan?

Saya ingin kongsikan beberapa tips yang boleh dipraktikkan. Mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda.

1. Mulakan sekarang.
Tarik nafas anda dalam-dalam, kemudian lepaskan perlahan-lahan. Rehat dan lapangkan fikiran anda (lebih kurang satu minit). Kemudian mulakan dengan membaca Bismillah.

2. Senaraikan semua tugasan
Cuba senaraikan semua tugasan yang perlu dilakukan. Mulakan daripada tugas-tugas yang besar/berat. Ini adalah bagi mengelakkan anda terlepas pandang akan tugas-tugas lain perlu dilakukan juga.

3. Kenalpasti dan tentukan priority/keutamaan
Bila melihat senarai tugas-tugas yang peru dibuat pasti kita akan berasa lebih tertekan bukan? Banyaknya! Nak mulakan yang mana satu dulu? Jangan risau. Berdasarkan senarai tersebut, anda perlu kenalpasti priority/keutamaan setiap tugas. Tentukan yang mana satu high priority dan yang mana satu low priority.

4. Tentukan ‘target’
Letakkan tempoh yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Jika tidak, pasti anda akan membuat kerja sambil lewa saja. Ingat… Jangan bertangguh! Mulakan dengan menyiapkan tugas ber’priority’ tinggi.

5. Kurangkan atau elakkan aktiviti-aktiviti yang kurang penting.
Kurangkan masa ‘kurang’ penting ketika bekerja seperti bersembang. Bila bersembang, memang seronok. Kadangkala sampai terleka. So, lebih baik kita fokus pada tugasan yang perlu disiapkan segera.

Ok la, ini adalah sedikit sebanyak tips yang ingin dikongsikan. Mudah-mudahan ia dapat membantu anda.

Sekiranya anda ingin menambah beberapa tips lagi, dipersilakan. Tinggalkan di ruangan komen ye. Jasa mu amat ku kenang!

~ Sharing is caring ~

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

4 petanda bagaimana nak kenal pasti pemikiran negatif dalam diri seseorang:

1. Lihat pada kata-katanya.

Orang berfikiran negatif biasanya suka merendah-rendahkan, mengetawakan kesilapan, membanding-banding, bercakap penuh ego. Dia tidak ada empati (memahami orang lain) dan tidak ada sikap merendah diri (humble). Dia banyak menjadikan dirinya sebagai contoh rujukan untuk menampakkan dia lebih bagus, sedangkan dia masih lum mencapai apa-apa kejayaan hebat.

2. Lihat pada perbuataannya.

Biasanya dia lebih banyak cakap dari buat. Dia akan banyak berlagak hanya kerana dia tidak mahu kalah pada pencapaian orang yang jauh lebih bagus. Dia banyak mempertikaikan, kurang berusaha membaguskan pencapaiannya. Dia suka mengomen, mengomplen dan mengkritik.

3.Lihat pada hidupnya.

Pemikiran negatif menjadikan dia tak ada inisiatif nak mencapai kejayaan, kebahagiaan juga ketenangan. Orang berpemikiran negatif masih tak dapat mencapai apa-apa sebab dia terlalu sibuk mengambil tahu hal orang lain dari sibuk memajukan diri sendiri. Hidupnya bermasalah, dengan pasangan hidupnya ada saja yang tak kena.

4. Bila di tegur, dia melenting pula.

Orang berpemikiran negatif anggap teguran sebagai merendah-rendahkan maruah. Dia tidak akan menerima teguran sebagai benda untuk memajukan diri. Ego mendorong dia melenting pada teguran.

Jika Anda dapat melihat SALAH SATU daripada 4 petanda di atas, maka orang itu ternyata ada mindset negatif.

Sumber: iMotivasi.com

Salam semua,

Maaflah kerana dah lama tak update blog ni. Actually, betul-betul sibuk dengan kerja (makan gaji) dan teramat busy juga sebab
tengah study pasal Online Business ni

Adakah anda seorang pencarum KWSP?

Jika ya, anda beruntung kerana ianya
merupakan wang persaraan ada.
Saya pasti seandainya anda bekerja di sektor swasta, sudah tentu anda merupakan pencarum KWSP.
Pelbagai tannggapan orang berkenaan potongan KWSP ini.

Namun kita semua seharusnya sedar mengapa kita perlu mencarum ke dalam tabung paksa rela (KWSP) ini?

Namun, dengan kadar dividen 4.5% setahun,
mampukah anda survive jika anda hidup
sehingga 20 tahunlagi selepas pencen?
Ingat, mengikut kajian, kebanyakan pencarum
menghabiskan wang KWSP hanya dalam masa
3 tahun sahaja!!! Anda masih harapkan wang anak-anak?

Jika anak anda membantu, syukur…
Jika tidak, bagaimana? Jangan terlalu mengharap,
kita tidak tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan.

Jadi, apakah cara penyelesaiannya?

http://www.panduankwsp.com

3 persoalan untuk anda…
* Kenapa anda perlu grow aset anda dari sekarang?
* Perlukah anda melabur wang KWSP dalam Unit Trust?
* Unit Trust merupakan Long Term Investment..berbaloi kah ia?

Jadi, tanpa perlu bersusah payah memikirkannya,
anda boleh dapatkan satu panduan bertajuk

KWSP:Satu Pendedahan dengan harga mampu milik…!!!

http://www.panduankwsp.com/index.php?ref=grabit

eco_c
Dapatkan sekarang sementara masih belum terlewat.

P.s – Produk ini adalah terbitan PengurusanKewangan.com,
produk pertama dari penerbit ini “sold out” dalam masa
hanya 48 jam. Anda masih menunggu? Terpulang pada anda.

Bertindak segera jika anda tidak mahu terlepas lagi!

Wahh.. macam promote je. Yup! Memang saya promote sakan eBook ni tapi kenapa? Sebabnya ia amat penting kepada:

1. Orang yang nak positif dalam hal ehwal kewangan
2. Orang yang nak tahu potensi untuk menggandakan wang KWSP dia
3. Orang yang tiada duit tapi mempunyai harapan untuk menyimpan
4. Orang yang ingin membuat pelaburan tetapi tiada sumber kewangan
5. Orang yang asyik fikir nak kaya cepat je
6. Orang yang minat pasal kewangan tapi tiada bahan bacaan tambahan untuk memberi panduan

Sekarang, terpulang pada anda sama ada nak biarkan je peluang untuk mendapatkan eBook ni ataupun biarka ia begitu sahaja.

DAPATKAN SEKARANG

Saya memang dah beli dan baca. Alhamdulillah, saya lebih jelas banyak perkara berkenaan potensi simpanan KWSP saya. Anda bila lagi?

Ikhlas,

Sharil

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.